PENGERTIAN

Fidyah puasa adalah memberikan sedekah orang miskin setiap hari yang ditinggalkan.

 

DALIL MENGENAI FIDYAH

Dan di atas orang-orang yang tidak sanggup (terdaya kerana uzur-uzur syar'ie) mengerjakan puasa, maka wajiblah ke atas mereka membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin, dan barangsiapa yang dengan kerelaan hatinya mengerjakan kebajikan ( iaitu memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari), maka itulah yang lebih baik baginya.

Surah al-Baqarah, ayat 184

 

HUKUM ORANG YANG MENINGGALKAN PUASA

Wajib qada'

  • Orang sedang sakit dan sakitnya akan memberikan mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya
  • Orang yang meninggalkan puasa kerana sedang bermusafir
  • Ibu hamil atau menyusukan anak dan khuatir akan memudaratkan dirinya
  • Orang yang sedang haid atau nifas
  • Orang yang terlalu dahaga atau lapar yang boleh membahayakan diri
  • Batal puasa kerana salah satu sebab yang membatalkannya

 Wajib qada' dan membayar fidyah

  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuathir akan memudaratknan anaknya
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain. Jika lewat qada puasa sehingga datang Ramadan yang lain maka wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari yang ditinggalkan dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib fidyah dua cupak dan begitulah seterusnya, disamping wajib mengqada' puasa tersebut

 Tidak wajib qada' tetapi wajib membayar fidyah

  • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis
    Orang yang lemah kerana lanjut usia dan tidak mampu lagi untuk berpuasa

 Wajib qada' atau membayar fidyah

  • Waris bagi orang yang meninggal dunia kerana ketiadaan uzur (tidak sakit) sebelum sempat mengqada' puasanya

 Tidak harus qada' dan membayar fidyah

  • Waris bagi orang sakit yang meninggal dunia sebelum sempat mengqada puasanya
  • Kanak-kanak
  • Gila

 

TAKSIRAN FIDYAH

Fidyah = Bilangan hari yang ditinggalkan x Gandaan x Kadar fidyah semasa

 

KADAR FIDYAH

Kadar fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Secupak beras bersamaan dengan 675 gram dinilai dengan kadar RM1.75 (sah dari tempoh 1 Ramadan 1438 sehingga 30 Syaaban 1439). Kadar ini berubah setiap tahun Hijrah (1 Ramadan - 30 Syaaban) bergantung kepada kadar fitrah semasa.