PBNS menyediakan skim-skim bantuan seperti berikut:

1. Bantuan am

  • Disediakan untuk golongan yang kurang berkemampuan
  • Bantuan berbentuk tunai atau barangan
  • Diberikan sekali sahaja

2. Bantuan awal pendidikan tinggi

  • Disediakan untuk pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan
  • Pelajar yang akan atau baru melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Sarjana Muda sahaja
  • Bantuan berbentuk tunai
  • Diberikan sekali sahaja

3. Bantuan kelengkapan masjid dan surau

  • Pengusung dan tempat mandi jenazah
  • Diberikan sekali sahaja

4. Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat/ Rumah Anak Yatim / Persatuan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan

  • Diberikan sekali sahaja

 

Borang permohonan boleh didapati di kaunter PBNS di Wisma MUIS atau boleh dimuat turun disini. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus ke pejabat PBNS.