Pada tahun 1998, Kerajaan Negeri Sabah melalui Badan Perundangan Negeri telah memperbadankan ‘Baitulmal’ di bawah Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998 yang dikenali sebagai Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Berdasarkan seksyen 2, ENakmen Perbadanan Baitulmal No. 11 Tahun 1998, PBNS diletakkan di bawah portfolio Menteri Di Jabatan Ketua Menteri.

Atas sebab-sebab di luar jangkaan PBNS hanya beroperasi sepenuhnya pada 1hb Januari 2005 iaitu enam (6) tahun selepas wujudnya Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998. Enakmen ini menyatakan fungsi-fungsi PBNS adalah:-

  • Mengumpul dan mentadbir wang atau harta alih atau tidak alih mengikut peruntukan Enakmen Perbadanan Baitulmal dan Hukum Syarak.
  • Bertanggungjawab terhadap pentadbiran segala urusan berhubung dengan harta wakaf dan nazar.

Di samping itu, ‘Perbadanan’ berperanan untuk membelanjakan atau menggunakan wang dan harta yang diperolehi bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak.